Tuesday, January 22, 2013

Damaikan hati kala Keresahan


             


             Assalamualaikum…..coretan ini ditulis pada 23/01/2013 tepat jam 12.30am…aku blur tak tahu nak buat apa..fikiranku kacau dan tidak tenteram…namun aku redha kerana Allah telah memilihku sebagai insan yang bertuah untuk berada dalam lautan takdir…sememangnya ku akui bukan mudah untukku harungi semua ini sendirian tanpa sokongan atau dorongan dari sesiapa pun..tapi ini adalah kehidupanku dan nak tak nak aku kena tabah dan harungi jua…aku tak nak suatu hari nanti orang akan kata diriku ini pengecut lari dari masalah…aku nak orang bangga lihat ketabahan ini suatu hari kelak…macam tak percaya pulak,insan yang dulunya degil dan teguh pendirian macam aku akhirnya goyah dengan seorang wanita biasa…aku silap dalam menilai kehidupan ini,dulu aku ingat aku dapat kuasai semua orang-orang di sekeliling aku namun sebaliknya pula berlaku terhadap diriku setelah kenal erti cinta..aku ingat cinta cuma perasaan indah yang dapat membuai jiwa dan lena..baru kini ku sedari kekuasaan cinta terhadap diri seseorang..bodohnya aku padahal sebelum ini aku banyak membaca fakta pasal cinta namun aku lupa semua itu disebabkan kisah cinta sementara yang Allah lakarkan dalam hidupku...masih teringat lagi masa tingkatan 6 belajar sejarah Negara Sparta,dua empayar hebat musnah disebabkan seorang perempuan iaitu antara Troy dan Sparta…Kisah keagungan cinta saidina Ali terhadap puteri Rasulullah iaitu Fatimah Al Zahra…Tugu cinta Taj Mahal…mengapalah aku tidak sedikit pun membil ikhtibar dari semua kisah tersebut…aku tidak akan menyerah pada nasib mahupun masa kerna aku percayai nasib seseorang itu terletak pada dirinya sendiri..biarlah kisah tersebut menjadi pedoman untuk diriku pada masa hadapan…moral yang aku dapat aku tidak sepatutnya melabuhkan cinta pada bintang yang belum tentu halal bagi diriku dan paling penting nilai cinta manusia tidak dapat melebihi cinta pada yang maha Esa…aku berterima kasih pada sang kekasih kerna menunjukkan siapa diri aku yang sebenar,tanpanya aku tidak mengetahui segala kelemahan aku…aku lupa yang aku juga insan biasa yang banyak kelemahan berbanding sebelum ini aku sentiasa kagum dan angkuh dengan kelebihan yang Allah kurniakn pada…Alhamdulillah kuasa cinta Allah telah membuka segalanya….semoga lembaran masa depan aku akan lebih perbaiki diri kea rah kebaikan dan aku merasa aku tidak layak untuk memiliki anugerah teragung dariNYA iaitu cinta,namun aku masih percaya qada dan qadar yang jodoh itu adalah urusan DIA dan telah ditentukan semenjak azali lagi…sekian untuk kali ini,mata pun mula mengantok ni...ari ni letih sangat2 seharian uruskan padi bapak aku…nak makan beras fresh bagitau ek..hahaha

No comments:

Post a Comment