Wednesday, January 2, 2013

Alkisah Cinta Silam


    

        Kisah aku dan dia bermula pada 26/12/09 namun perkenalan aku dengan dia bermula sejak tahun 2007 lagi,time tu sama2 masuk tingkatan6 kt sekolah yang sama.Pertama kali aku melihat dia,aku dapat rasakan pintu hatiku sedang diketuk oleh seseorang.Jiwaku bergetar kencang melihat ketenangan yang terdapat pada raut wajahnya.Ingin sekali aku untuk memilikinya,namun malangnya dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa minatnya terhadap aku.Pernah sekali aku cuba untuk mendapatkannya melalui orang tengah iaitu sahabatku sendiri,namun tidak mendapat sebarang tindakbalas daripadanya.Time tu,aku mulai sedar siapa diriku sebenarnya dan tidak layak sama sekali untuk berdamping dengan si dia. Genap sebulan diriku berada di sekolah tersebut tiba-tiba aku dipindahkan untuk masuk ke kelas yang merupakan kelas si dia.Harapanku untuk mendekati si dia berputik semula namun si dia sedikitpun tidak member sebarang tindak balas mahupun rasa minat kat aku.Semenjak itu aku mulai berputus asa untuk mendapatkan si dia.Aku merasakan yang diriku dan dia hanyalah ditakdirkan berjumpa untuk bersahabat sahaja dan aku amat mengagumi keperibadian si dia.Aku pun mengambil keputusan untuk rapat dan bercinta dengan seorang awek non muslim yang berada di tingkatan5.Namun hubunganku dengan budak tu tidak ke mana setelah aku mendapat tahu budak perempuan tu kaki lelaki.Dalam pada masa yang sama aku mendapat tahu si dia sedang hangat bercinta dengan sorang mamat yang amat ku kenali kerana mamat tu merupakan rakan sebilik ku di asrama.Pada masa tu,aku dengan si dia memang ok sebagai sahabat,sekali lagi aku mengagumi si dia kerana betapa setianya si dia dengan mamat.Kesetiaan yang si dia tunjukkan amat tinggi sampaikan si dia takut hendak bergaul dengan budak laki lain,no handphone memang jauh panggang sekali untuk jatuh ke tangan lelaki lain.
     Dalam hati kecilku berbisik,alangkah bahagianya berada di tempat mamat tu.Akan tetapi semua itu mustahil kerana si dia sudahpun berpunya.Aku mendapatkan no hp si dia daripada kawan perempuan sama kelas dengan aku dan si dia.Pada awalnya memang si dia tidak melayan namun setelah aku perkenalkan diri bahawa aku merupakan classmate nya sendiri baru la si dia mula melayan mesej-mesej dariku walaupun amat keterpaksaan,mungkin si dia malu untuk tidak melayan kerana diriku merupakan classmatenya sendiri.Lama-kelamaan,aku amat selesa bersahabat dengan si dia dan aku bernekad suatu hari nanti aku akan memiliki si dia.Setelah bersahabat dengan si dia baru ku sedari bukan hanya cantik luaran namun keperibadiannya juga membuatkan diriku terpersona.Cuba kite bayangkan keadaan si dia,hidup tanpa orang tua namun masih mampu tersenyum dan bahagia sama seperti orang lain.Time tu aku amat mengagumi ketabahan dan kecekalan si dia.Kalau la aku berada di tempat si dia mungkin aku sudah hilang arah untuk meneruskan hidup kerana si dia terlalu muda ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.Setelah tamat tingkatan6,aku mula lost contact dengan si dia,aku tidak pernah terpikir yang aku akan berjumpa dengan si dia balik.Aku pun masih menganggap si dia sebagai kawan sahaja disebabkan aku tahu si dia dah berpunya dan aku tidak mahu jadi perosak hubungan orang.
     Kehidupan aku masa tu benar-benar sunyi tanpa cinta.Orang cakap cinta tidak begitu penting akan tetapi bolehkah kita pegang pada kata-kata tersebut?Kerana diriku memandang bercinta ni dari sudut positif,kite memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka,berkongsi masalah,tempat bergurau senda dan tempat bermanja.Pada cuti pertengahan semester aku berada di IPTA,tiba-tiba si dia mesj dengan aku berkenaan kerja seorang polis.Aku pun membalas sekadar pengetahuan aku dan aku mendapat tahu yang si dia tidak menyambung belajar lagi dan sedang mencari pekerjaan.Pada masa tu,aku tidak bertanyakan lebih-lebih pasal hubungan si dia dengan mamat tu dan aku menganggap mereka berdua berada di ambang kebahagiaan je.Setelah aku balik semula ke kolej,sesekali aku menelefon si dia disebabkan aku terlalu boring dan sunyi.Habis je semester pertama aku di IPTA dan aku melangkah masuk ke semester kedua.Pada masa tu aku sengaja balik awal ke kolej disebabkan boring duduk rumah yang telah hampir 2 bulan lebih cuti tu.Setibanya aku di kolej hari pertama,si dia mesej dengan aku menyatakan bahawa dia dengan ibu tirinya sedang melancong di bandar yang tidak jauh dari tempatku belajar.
    Dia juga menyatakan padaku bahawa boring keluar jalan-jalan dengan orang-orang tua yg merupakan mak tiri dan saudara mara nya itu so aku offer diri untuk menemankan si dia jalan-jalan lagipun memandangkan aku dengan si dia sudah lama tidak berjumpa.Si dia pun bersetuju padahal si dia tidak pernah keluar jalan-jalan dengan mana-mana lelaki.Sekali lagi aku terpegun melihat raut wajahnya sampaikan lidahku kelu untuk berkata apa-apa.Setelah balik daripada berjalan-jalan dengan si dia diriku jadi tiak menentu,angau kot.Last-last aku mengambil keputusan untk meluahkan segala isi hati aku yang terpendam selama ni pada si dia.Mulanya aku fikir si dia terima or tidak,janji aku dah melepaskan bebanan perasaan yang aku bawa selama ni.Tetapi aku macam tidak percayai si dia sudi menjadi teman istimewa aku dan pada masa tu aku amat mensyukuri dan bertuah kerana akhirnya si dia menerima diriku seadanya.26/12/09 merupakan tarikh yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku kerana si dia amat bermakna bagi diriku dan pada masa tu jugalah first time aku bercinta dengan perempuan yg benar-benar aku idamkan…….bersambung...

No comments:

Post a Comment