Monday, November 11, 2013

Cerita Aku

          Assalamualaikum…entah kenapa aku tetiba teringatkan zaman persekolahan aku dulu(secondary school).Time sekolah dulu,keje asyik memonteng jer memanjang (ops,aku dulu memang agak terlebih baik sampai sukar untuk dikawal,hahaha).Masa tu aku rasa macam sekolah tu penjara bagi diri aku sebab tu aku ni selalu memberontak.Mungkin sebab aku duduk asrama dari form 1 sampai form 6 kot,rasa macam takde kebebasan.Tapi bila teringat balik waktu tu,baru aku sedari time tu la banyak moment2x yang indah tercipta dalam hidup aku.Aku bercampur gaul dengan budak-budak yang pelbagai ragam dan kerenah.
        
        Aku jenis yang cool dan xbanyak cakap kecuali dengan orang yang aku rapat jer mulut aku tak berhenti bercakap.Tak tahu kenapa rasa macam nak kembali ke waktu tu je.Time tu jelah hidup aku ni tak kering gusi ketawa gembira dan riang samping kawan-kawan aku.Orang selalu cakap perangai aku macam jembalang masa tu sebab aku takde perasaan kot,yang ade dalam otak aku masa tu hanyalah cara untuk bergembira sepanjang masa je sampaikan bapak aku pun jemu dah tengok muka pengetua aku,pengetua pun dah jemu tengok muka bapak aku.(mana taknya,hampir tiap bulan or minggu kene gantung sekolah coz pelbagai la salah aku kat sekolah tu..hahahaha)
     
      Memang benar la kata orang,zaman remaja adalah puncak zaman yang terindah selepas zaman kanak-kanak.Kat zaman tu aku kenal pelbagai jenis orang dan kenal erti persahabatan.Cinta??takde kot sebab masa remaja aku sibuk untuk bergembira je dan tak terfikir untuk bercinta macam budak2x yang lain.Kalau la aku dapat kembali ke zaman tu sudah pasti aku memperbaiki segala kesilapan yang ada.Pernah dulu,cikgu aku cakap yang aku ni sudah matang kerana kenakalan aku yang melampau tu.
    
     Erhmmmzz memang indah sangat2x saat tu.Arrggghhh rindunya zaman sekolah.Rindu nak kene rotan depan khalayak ramai.Rindu nak kene botakkan rambut depan semua student.Rindu nak main sembunyi2x kat asrama dengan warden n pak guard.Rindu nak pergi tangkap ikan peliharaan cikgu.


Apa aku merapu nih,dah takde keje lain ke aku ni….tu je la…bye you all….take care.

Saturday, November 2, 2013

Bingkisan Nurani




         Hidup ini tidak seindah impian yang kita gambarkan.Kadang-kadang ia menyakitkan serta memeritkan,kekuatan yang kita bina berkemungkinan akan menjadikan diri kita lemah dan tidak mampu menepis segala dugaan mendatang.Biarpun ada cerita indah dan bahagia yang terlihat pada insan di dunia ini,namun percayalah untuk mereka menggapai sebuah kebahagian pasti melalui penderitaan.Sejarah tidak mungkin bisa kita ubah,namun sejarah boleh membawa kita kea rah kebaikan dan menjadi panduan untuk melalui masa depan.Sama seperti kenangan,kenangan bukan untuk dilupakan tapi menjadi penguat diri untuk melalui liku-liku yang akan mendatang.
       Saya akui bahawa diri ini tidaklah sesempurna manapun,tetapi saya telah banyak belajar daripada pengalaman yang saya hadapi sebelum ini.Senyum,tangis dan tawa hanyalah lukisan sebuah kehidupan.Sehebat manapun diri kita,ingatlah di luar sana lebih banyak insan yang jauh lebih hebat.Sesusah manapun kehidupan kita,sedarlah di luar sana lebih banyak insan yang jauh bernasib malang.Berbekalkan sedikit keazaman di sebalik peluang yang ada ini,saya yakin bahawa saya akan melakukan terbaik untuk hidup ini.Alhamdulillah,kalimah aku mencintaimu bergema kembali di segenap ruang hati ini malahan bibir ini tidak pernah jemu mengucapkan kalimah penuh perasaan tersebut.Hanya orang yang menghargai sahaja yang akan mengerti betapa kalimah itu amat bermakna untuk keperluan rohani seseorang insan di dunia ini.
      Memang dulu pernah saya takbur tidak percaya akan cinta dan wanita namun kini saya sedari bahawa saya amat perlukan wanita dan cinta selain cinta pada sang Pencipta Yang Maha Esa.Jikalau dulu riak,bongkah,ego,sombong serta seangkatan denganya bertahta dalam diri,namun kini berubah setelah mengenali erti sebenar cinta.Cinta adalah anugerah terindah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,tidak dapat dilihat dengan mata hanya mampu disalurkan melalui doa dan perbuatan.Jika kita cintakan seseorang,kita sentiasa akan membuat seseorang itu merasa terhormat dan selamat.
     Andai saja saya diberi pilihan untuk memilih kehidupan seperti mana yang saya inginkan,sudah pasti saya memilih hidup selamanya di dunia yang hanya ada saya dan dia.Saya mahu membina kehidupan yang terindah untuk sepanjang hayat kami,melakar kenangan bahagia bersama,menyemai kasih yang tiada berpenghujung.Namun semua itu hanyalah angan-angan yang mustahil namun kita boleh membuatkan diri kita merasai semua itu andai hati ikhlas dalam menyayangi seseorang,jujur dalam perbuatan dan setia hingga hujung nyawa.
      Buat insan yang bernama Nurfarrahain,saya berterima kasih kerana awak telah menghidupkan kembali hati saya yang telah lama mati untuk bercinta lagi.Mungkin saya tidak sehebat lelaki idaman awak,namun saya janji boleh buat hari-hari awak penuh dengan limpahan kasih dan cinta yang ikhlas dan jujur.Kalau ada salah silap jangan malu untuk menegur sebab saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.Harap-harap setiap persengketaan yang bakal menjelma kita hadapi dengan hati yang sentiasa terbuka dan disaluti dengan kemaafan dan sesalan yang tidak terhingga.
     Percayalah sayang,tiada apa yang kekal di dunia ini,musim silih berganti,bahagia dan derita sentiasa menyapa,namun hanya cinta yang suci dan ikhlas saja yang abadi sepanjang hayat.Tolong lah untuk mengerti jika derita datang menyapa,jangan membuat keputusan berlandaskan perasaan amarah semata-mata kerana apa-apa pun keputusan yang bakal dibuat kita akan sama-sama tanggung sepanjang hayat.
      Andai saja,kehidupan ini tidak diselitkan dengan penderitaan pasti kita tidak tahu menghargai sebuah kebahagian.Buatmu Nurfarrahain,bersabarlah untuk bersama saya kerana saya juga seperti insan lain yang masih banyak kekurangan dan kelemahan,namun saya akan berusaha untuk kea rah kebaikan untuk menikmati secebis kasih daripada diri awak.Saya sayangkan awak.Saya kasihkan awak.Saya cintakan awak.

Tuesday, October 29, 2013

Cerita Kami ( im in love with her )

Assalamualaikum…
  
  Dear Belogku,
Mr./Mrs LOVE



     Urmmmmmzz sejak dah ade buah hati ni rasa macam tiada kata untuk ungkapkan dalam diari maya ni.Eventhought masih fresh hbgn aku dan dia tapi aku rasa macam dah bersama dia untuk masa yg lama.Senang citer dia ni memang sweet sangat2x and I like her  so much…perwatakan dia yang jadik diri sendiri..nada bicara manja dia buat aku rasa macam dunia ni begitu indah jika kita menghargai perkataan bernama cinta yg kebiasaannya menyakitkan..

     And yang paling penting,aku bersyukur sangat2x kerna dipertemukan dengan insan yang mampu menghapuskan segala kesedihan yang aku miliki dan membuatkan aku kembali percaya kepada cinta.Aku yakin jika cinta berpaksikan kejujuran,keikhlasan dan kesetiaan selalunya bahagia sampai akhirnya,namun bercinta ni umpama mendaki gunung terlalu banyak halangannya,hanya yang sampai ke puncak akan dapat melihat keindahan perasaan cinta tersebut.So,aku memang dah tanamkan sedikit kesabaran dalam diri aku untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang.

     Nurfarrahain Razak seindah nama yang muncul sebagai cahaya dalam hidup aku.Aku berjanji pada diri sendiri tidak akan sama sekali mempersiakn hidupnya,biarlah janji kali ini terpatri dan dituruti coz sebelum ini segala janji musnah begitu saja.InsyaAllah I will do my best for her.I love her more than word can describes.
Ok la,sampai sini je untuk posting kali ini.Korang doa2xkan kami bahagia till jannah coz I just want her to be my partner in my life….ain^^^zul…
                                                                                                                  Wassalam..........

Friday, October 4, 2013

Its called love

Aku & Dia




Assalamualaikum…
  
  Dear Belogku,
      
    Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi coz masih bernafas sampai ke hari ini.Macam mane nak mula ek…urmmmmzzz,whatever la as long as me hepi..setelah sekian lama pintu hati terkunci,Alhamdulillah perkenalan singkat dengan mrs.F/A telah membuka kembali hati ini untuk kembali percaya pada cinta dan wanita.
     
     InsyaAllah,kehadiran mrs.F/A dalam hidup ini tak akan aku sia-siakan dan aku akan cuba semampu kemampuan yang aku miliki.Keperibadian mrs.F/A membuatkan aku terpersona dan teruja,bicaranya mampu menenangkan jiwa yang resah.Eventhough terkadang aku merasakan diri ini tidak pantas untuk medampinginya namun ku beranikan diri untuk mencuba kerana selepas mencuba baru la kita dapat menerima apa-apa pon kemungkinan atau jawapan yang akan mendatang.
    
     Hurmmmm…moment bersama belum ada lagi but soon,we will meet and spend time together,InsyaAllah dengan izin Allah.Dia merupakan gadis biasa namun memiliki hati nurani yang bersih dan suci that’s why I like her so much.Dalam banyak-banyak kawan perempuan aku dalam FB,just dia yang memiliki hati yang memenuhi kateria piawaian gadis yang aku impikan.
  
    Ok, tu je la utk kali ini…doakan untuk kebahagian kami k….wassalam…

Saturday, June 8, 2013

My Story (Zulkifli A.K.A Zull)

Tanjung Manis
18/09/2011



Assalamulaikum…maybe agak terlalu lama rasanya aku tak merapu dalam belog buruk aku nih..jari jemari ku pun dh rindu hendak menari-nari atas keyboard mengikut alunan irama hati..so,nothing hav change,still the same…I mean same life,same story n so on…hopeless everything gonna be okay..by the way,kali ini hendak menulis everything about my live since me are born until right now..

Firstly,maybe agak pelik sikit tentang kewujudan aku kat dunia ni but I think that is normal coz aku percaya bukan aku seorang je yg mempunyai sejarah pelik-pelik..dengar- dengar citer mak n ayah aku,aku nih adalah anak yg paling banyak pakai duit since aku lahir ke dunia ini.Mane taknya,since aku ni lahir,aku terus menyusu botol coz at that time aku disahkan memiliki penyakit kronik dan mak aku juga sakit pada masa tu.(Alhamdulillah,sekarang ni aku bebas drpd semua penyakit tu,buktinya setiap kali medical check up aku disahkan sihat walafiat,Alhamdulillah,thanks Allah)

Back to the main point,sejak aku mula reti bercakap,mulutku memang asyik menanyakan soalan pelik-pelik kepada kedua org tua ku…no wonder la sekarang ni aku banyak tahu pasal sejarah n mengenali diriku lebih dekat..time mak aku mengandungkan aku dulu,bapak aku cakap mak aku mengidam daging unta..(pelik kan,mane nak dapat daging unta kat Malaysia ni)..akan tetapi,dengan izin Allah,mak aku dapat juga merasa daging unta tersebut..(at the same time,my granpa pergi haji menggunakan kapal pd thn 1988 dan ade membeli daging unta kering utk dibawa balik ke kpg,so aku trus ingt pd thn 1988 merupakan thn last org pergi haji menggunakan kapal laut)..beruntung kan aku nih..syukur ke hadrat Illahi..

Yang tu merupakan first,sejarah pelik aku…masa aku dilahirkan,terjadi pula kejadian pelik kedua..bapak n mak aku cakap,time aku dilahirkan masa tu mak sedang tidur di hadapan pintu rumah kami,so kiranya masa mak melahirkan aku,mak melahirkan dalam keadaan tidur..susah utk percaya tapi tu la yg mak n bapak aku citer..(mak aku tido depan pintu bukannya ape,sebab time tu mane ade kipas or letrik kat kpg aku)..urmmmzz,pelik memang pelik tapi semua tu berlaku atas izin Allah..hanya Allah yg berkuasa menentukan setiap kejadian kat dunia ni..

Asal usul nama aku pulak datang dari ilham bapak aku..(namaku zulkifli a.k.a zul..tapi slalu salah panggil zulkipli,jolkipli,jol n so on p aku xkesah asalkan ade bunyi je..haha)..mulanya bapak aku citer,nak bagi nama aku nih zulkarnain tapi ditegur orang2x tua dulu2x coz tak baik menamakan anak yg dah meninggal kepada anak baru..(sedih jugak,nampaknya bapak masih teringat arwah abg aku yg meninggal pada umur 10bulan akibat demam panas,nama arwah zulkarnain)..last2 bapak aku memberikan nama zulkifli pada aku sebab time tu bapak aku rajin membaca buku2x sejarah islam..(wow,that’s amazing namaku dipetik sempena nama nabi zulkifli a.s)..

Aku membesar  tak seperti budak-budak lain coz semenjak dilahirkan aku dah disahkan mempunyai penyakit kronik..kalau budak-budak lain,dh boleh berjalan umur setahun lebih tapi aku boleh berjalan umur 4thn lebih tapi maybe tu sebab keturunan kalik,sebab kakak aku yg sulong pun mengalami benda yg sama dengan aku lambat tahu berjalan..masa kecilku amat terbatas,aku tak dibenarkan main benda-benda yg lasak seperti budak kampong yg lain..(tapi,aku nih degil sikit,aku curri-curi mandi lumpur,main dlm hutan,tepi laut ikut kwn-kwn aku,kalo dh kantoi dgn org tua senang jer,buat muke kesian,komfirm2x dimaafkan..hahaha)..walaupun terbatas,aku tahu mak bapak aku sayangkan aku n mereka takut aku pengsan ke ape waktu bermain..(memang selalu pengsan pun waktu bermain,saudara2x aku yg selalu pikul aku mase kecik hantar balik rumah)..

Orang cakap anak bongsu best coz pling manja,tapi lam family aku,tak kot sebab aku ni salu kene buli ngan abg2x n kakak2x aku..(aku jenis suka mengalah daripada bergaduh berlarutan tapi kalo dah kemarahan aku nih melampau,rasa2nya kalah jugak la abg2x n akak2x aku tu..haha)..tapi syukur Alhamdulillah sebab aku ni terlahir dalam family yg sentiasa ceria n hepi jer..aku syg fmily aku sangat2x coz susah senang mereka sentiasa ada utk aku..(aku nih memang jenis suka menyusahkan..haha)..kalo korang nak tahu,aku nih anak bapak sebab dari kecik aku memang rapat dengan bapak aku..sampai time sekolah rendah dulu,bapak aku mandikkan aku,bubuh bedak,sikat rambut n hantar pergi sekolah..(masa tu muke penuh bedak n rambut sikat belah tepi..hahaha)..time sekolah rendah dulu,kat sekolah ade menyediakan tabung simpanan utk budak2x sekolah,ari-ari aku pergi sekolah bawak syiling 50sen satu n syiling 20sen satu..(50sen utk tabung n 20sen utk belanja,kalo xde memang tak la nak pergi sekolah,mengada-ngada jugak aku time kecik)..tapi tu la kasih ibu dan ayah,apa cara sekalipun mereka utamakan kepentingan anak-anak..I love u mum..I love u dad..

Habis je sesi persekolahan rendah,aku melanjutkan sekolah ke tingkatan satu yg sekolahnya agak jauh dari kpg aku..(smk toh puan datuk patinggi hajjah normah daro,Sarawak…panjang kan nama sekolah aku,mengikut sejarah nama tu sempena nama isteri tyt Sarawak)..aku pergi ke tingkatan 1 umpama sehelai kain putih yg belum dicorakkan dan tak tahu hala tuju kehidupan aku akan kemana..(maklumlah masih budak2x,tingkatan satu je kot)..pada masa tu,abg aku tingkatan 3 dan kakak aku tingkatan 5 kat sekolah yg sama..aku menjalani sesi persekolahan yg agak janggal sekali coz first time tinggal asrama n jauh drpd mak n ayah..mcm2x jenis orang yg aku jumpa..memang xlepas la,aku selalu dibuli kat asrama,nak harapkan abg aku,dia bukan la samseng kat asrama,dia just nakal2x sendiri je..urmmmzz,payah jugak la kene buli ni,hidup dlm ketakutan umpama dlm penjara sampai satu tahap aku nak je lari dari sekolah dan berhenti sekolah..(tapi xjadi coz aku terbayang raut wajah bapak aku masa mula hantar aku ke sekolah tu,kesian pulak aku ingat wajah bapak aku so aku xjadik nak lari,padahal dah dengan beg2x n brg2x kt lubang pagar sekolah tu..haha)

Kemudian aku nekad dh tak nak kene buli..(mane taknye,kt asrama kene buli dan dlm kelas pun kene buli,ingt kelas org pandai2x xde pembuli..kira dulu terer jugaklah coz masuk kelas terpandai..hahaha)..tiap ari aku fikir cara macam mane nak elakkan diri drpd terus kene buli..so,aku ambil keputusan utk lawan balik semua org2x yg suka membuli aku dan aku sudah nekad...tapi tu la,manusia bila dah berada di atas ni mudah lupa diri..aku juga lupa diri setelah aku berjaya dalam misi aku xnak kene buli tu lagi then aku pulak yg jadik pembuli..(maybe time tu baru nak meningkat remaja kot,org tua2x cakap,budak2x yg baru nak meningkat remaja ni ekstrem sikit perangainya..xtahulah samada fakta atau auta tapi memang ade bukti semua tu)

Kat sekolah budak-budak lain sibuk je nak bercouple tapi aku dan kawan baik aku sorang nih memang xde ambil tahu benda2x mcm tu..(mase tu aku fikir perempuan ni just menyusahkan dan xmemberi faedah langsung,maklumlah fikiran belum matang)..sampai satu ketika,geng2x aku gelar aku n kawan baik aku nih jenis gay..(oh,tidak..aku bukan gay dan aku masih normal n lurus,xde maknenye aku nak gay..huhu)..so,selepas mendapat gelaran gay tu,aku n kwn aku tu nekad utk cari awek utk dijadikan kekasih bagi menghapuskan gelaran gay tersebut..(aku n kwn aku nih kejam sikit orgnya,kesian la pompuan yg malang terpilih tu just atas nama kekasih je..xde nak dating mcm belangkas seperti pasangan couple2x yg lain..haha)


Ok la,sampai sini je dulu ek..ade mase saya sambung balik coretan ini..bengang sikit nih coz xde line tenet,tengah tunggu line tenet ade baru dapat posting kt entry..pa2x pun berdasarkan citer aku tu,ambil la yg baik je dan yang buruk utk dijadikan pedoman..ok..sambung tido..maklumlah study week..tido xbermakna malas tau,dlm fakta tido yg lena dan rehat yg panjang merupakan penawar terbaik dlm sejarah perubatan,xkira la sakit luaran atau dalaman…(mcm org frust jer..ishhh xde makne nye la nak frust2x bagai coz aku ni jenis periang..hahaha)..ok see u all soon…bye..daa……assalamualaikum…

Wednesday, April 17, 2013

Ntah Pa2x




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  



Izinkan aku mencintaimu dalam diamku,ketika cinta dan rindu berpadu dalam sujud panjangku..


Ketika pengharapan dan keresahan mengalir dalam do'a-do'a malamku..


Izinkan aku tetap mencintaimu dalam diamku..


Hingga DIA menakdirkan yang terbaik Untuk kita..


Karena aku ingin selamanya mencintaimu karena ALLAH..


Cukuplah aku mencintaimu di dalam hati, menyalurkan rinduku melalui doa-doa di setiap sujudku dan menjagamu melalui ALLAH..


Cinta yang mengekalkan adalah cinta yang dengannya seseorang akan semakin dekat kepada Tuhannya..


Dan sebenar-benarnya cinta adalah cinta kepada-NYA..


Jika kita belajar mencintai sesuatu karena-NYA,karena sebab mencintai apapun itu karenaNYA..


Maka ALLAH akan mengumpulkannya bersama-sama dalam keridhaan-NYA..



Insya ALLAH.. 


Tuesday, April 2, 2013

Saat Cinta Pergi Dari HidupMu



Sedih rasanya,ketika kita menginginkan seseorang tapi tak bisa memilikinya ..
Dan akan lebih sedih ketika telah memilikinya lalu kehilangannya ..
Namun semua itu jangan menjadikan dirimu terus Tenggelam dalam Kekecewaan..

Ketika dia pergi, jangan engkau tangisi..
Ketika dia pergi, jangan engkau sesali..
Jikalau pun dia pergi, jangan rendahkan harga diri..
Ketika si dia pergi, jangan mengharapkan ianya akan kembali padamu..


Juga jangan emosi..
Jangan pernah sakit hati..
Apa lagi frustasi..






KERANA
Dia pergi untuk diganti..
Dia pergi ada yang lebih baik lagi..
Dia pergi untuk menguatkan hati..
Dia pergi melatih bangkit lagi..
Dia pergi hanya untuk menguji diri..
Dia pergi mengangkat darjat kita pada ILLAHI RABBI..
Dia pergi bukan Akhir segalanya..



Yakinlah suatu hari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memberi ganti dia yang pergi dengan seseorang yang lain, meski tak serupa dan tak sama..

Ambil Hikmah dari kepergiannya ..
Terimalah yang akan datang dengan tangan terbuka dan hati berlapang dada..
Kerana Kebahagiaan itu bukan dengan siapa kita menjalani hidup...


Pesona Cinta Algebra



Mengapa di cari secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman...

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
andai kasih tidak setulus Zulaikha...

Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sehebat Siti Hajar... 

Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri sendiri...

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...



CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...

BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU.

cukuplah aku mencintaimu
di dalam hati
menyalurkan rinduku
melalui doa-doa di setiap sujudku
dan menjagamu melalui Allah S.W.T

Friday, March 29, 2013

ciri-ciri lelaki setia pada cinta








Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.  



Monday, March 25, 2013

BUATMU SAHABAT




Terima kasih sahabatku untuk segalanya kerana sudi bersahabat denganku.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kaulah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama...iaitu mencari bekalan ke akhirant-Nya

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan disinari persahabatan yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan-NYA.

Friday, March 22, 2013

PERHIASAN ANGGUN LELAKI MUSLIM


Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama2 muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.





JANGGUT PERHIASAN LELAKI



Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul S.A.W  amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:

                              قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى
(سورة طه : 94)

Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. "
(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.
Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka.
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.
(Hadits riwayat Ahmad)

 Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi SAW, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai
Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah SAW, antaranya:
Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:

“Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. "
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Thursday, March 21, 2013

JURANG MARIANA

Hari ini saya tertarik untuk mengetahui fakta mengenai “Jurang Mariana”….mari la kita sama-sama menghayati kebesaran kuasa Allah S.W.T....





Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.
Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.

Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
.

Wednesday, March 20, 2013

JAMBATAN KEHIDUPAN





Jambatan terPENDEK adalah PUTUS ASA

Jambatan terPANJANG adalah PENGHARAPAN

Jambatan terKUAT adalah IMAN

Jambatan terINDAH adalah KASIH SAYANG

Tuesday, March 19, 2013

Rahsia Tahi Lalat




Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

ANDA punye yg nmbor berapa??

AIR MATA CINTA PEMBERSIH DOSA




Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari



Ketawa dan airmata

itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya


Ku senang engkau cemburu

itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku


Ku juga suka bila kau curiga

ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan


Walaupun sering kau kutinggalkan

itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan


Belum pernah ada cinta

di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)

Sunday, March 17, 2013

CINTA




cinta
adapun sukar untuk mengertikan
bukan sekadar lafaz
tersembunyi di sebalik topeng niat
bagi yang merasakannya
kerana wujud sinar segala  kesedihan
umpama mati dalam nikmat hidup
bebas dari belenggu nafsu
wujud pencinta bagaikan tiada wujud
tatkala manusia menyuarakan kesesatan
wajah bertemu wajah
senyum manis pencinta sejati
lebur dalam pelukan damai sang kekasih
sayang
tidak akan ada yang berubah
belajar menerima apa yang di depan kita
sebelum terlambat
aku bahagia bila awak bahagia
percayalah pada hakikat
tuhan tidak semestinya memberikan
apa yang kita mahu
tetapi tuhan pasti memberikan
apa yang kita perlu