Assalamualaikum…entah kenapa aku tetiba teringatkan zaman
persekolahan aku dulu(secondary school).Time sekolah dulu,keje asyik memonteng
jer memanjang (ops,aku dulu memang agak terlebih baik sampai sukar untuk
dikawal,hahaha).Masa tu aku rasa macam sekolah tu penjara bagi diri aku sebab
tu aku ni selalu memberontak.Mungkin sebab aku duduk asrama dari form 1 sampai
form 6 kot,rasa macam takde kebebasan.Tapi bila teringat balik waktu tu,baru
aku sedari time tu la banyak moment2x yang indah tercipta dalam hidup aku.Aku
bercampur gaul dengan budak-budak yang pelbagai ragam dan kerenah.
Aku jenis yang cool dan xbanyak cakap kecuali dengan orang
yang aku rapat jer mulut aku tak berhenti bercakap.Tak tahu kenapa rasa macam
nak kembali ke waktu tu je.Time tu jelah hidup aku ni tak kering gusi ketawa
gembira dan riang samping kawan-kawan aku.Orang selalu cakap perangai aku macam
jembalang masa tu sebab aku takde perasaan kot,yang ade dalam otak aku masa tu
hanyalah cara untuk bergembira sepanjang masa je sampaikan bapak aku pun jemu
dah tengok muka pengetua aku,pengetua pun dah jemu tengok muka bapak aku.(mana
taknya,hampir tiap bulan or minggu kene gantung sekolah coz pelbagai la salah
aku kat sekolah tu..hahahaha)
Memang benar la kata orang,zaman remaja adalah puncak zaman
yang terindah selepas zaman kanak-kanak.Kat zaman tu aku kenal pelbagai jenis
orang dan kenal erti persahabatan.Cinta??takde kot sebab masa remaja aku sibuk
untuk bergembira je dan tak terfikir untuk bercinta macam budak2x yang
lain.Kalau la aku dapat kembali ke zaman tu sudah pasti aku memperbaiki segala
kesilapan yang ada.Pernah dulu,cikgu aku cakap yang aku ni sudah matang kerana
kenakalan aku yang melampau tu.
Erhmmmzz memang indah sangat2x saat tu.Arrggghhh rindunya
zaman sekolah.Rindu nak kene rotan depan khalayak ramai.Rindu nak kene botakkan
rambut depan semua student.Rindu nak main sembunyi2x kat asrama dengan warden n
pak guard.Rindu nak pergi tangkap ikan peliharaan cikgu.
Apa aku merapu nih,dah takde keje lain ke aku ni….tu je
la…bye you all….take care.
No comments:
Post a Comment