Sunday, March 17, 2013

CINTA




cinta
adapun sukar untuk mengertikan
bukan sekadar lafaz
tersembunyi di sebalik topeng niat
bagi yang merasakannya
kerana wujud sinar segala  kesedihan
umpama mati dalam nikmat hidup
bebas dari belenggu nafsu
wujud pencinta bagaikan tiada wujud
tatkala manusia menyuarakan kesesatan
wajah bertemu wajah
senyum manis pencinta sejati
lebur dalam pelukan damai sang kekasih
sayang
tidak akan ada yang berubah
belajar menerima apa yang di depan kita
sebelum terlambat
aku bahagia bila awak bahagia
percayalah pada hakikat
tuhan tidak semestinya memberikan
apa yang kita mahu
tetapi tuhan pasti memberikan
apa yang kita perlu

No comments:

Post a Comment