Kisah ini merupakan satu kisah bagaimana seorang sang arjuna
yang setia pada cintanya dan beliau percaya bahawa perasaan cinta yang wujud
dalam hatinya merupakan anugerah dari Illahi yang perlu beliau jaga dan
pertahankannya.Namun bak kata orang cinta tidak semestinya memiliki,akhirnya
percintaan yang telah sekian lama dihiasi suka dan duka kecundang di
pertengahan jalan.Kemudiannya sang jelitawan tersebut pula menemui kekasih hati
yang sekian lama diidamkannya.Segala ciri lelaki idamannya ada pada lelaki
tersebut dan sang jelitawan bertekad akan cuba untuk setia dan jujur pada
lelaki idaman melaya itu.Namun tidak siapa yang menduga,sedangkan lidah lagi
tergigit inikan pula sepasang kekasih yang belum pasti akan menjadi bintang
halal suatu hari nanti,mereka pun berselisih faham.Dalam masa yang sama,sang
arjuna yang masih mengharapkan sang jelitawan tersebut masih lagi sering
menghubungi sang jelitawan.Sang jelitawan pada saat itu amat tertekan dan
sangat-sangatlah marah pada kaum lelaki kerana beliau merasakan semua lelaki
adalah sama.Akan tetapi,semua tanggapan sang jelitawan itu adalah salah kerana
itu adalah tabiat yang sudah sebati dengan dirinya sukar untuk mengawal
kemarahan.
Sang arjuna
yang sudah tiada kaitan dalam soal hatinya telah menjadi mangsa pelepas api
kemarahan sang jelitawan itu tadi.Namun hati kecil ssang arjuna berbisik akan
membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu kerana kasihnya terhadap sang
jelitawan masih kuat seperti mula mereka berkenalan dan bercinta suatu saat
dulu.Sang arjuna merasakan kembali kehangatan cinta mereka berdua sebelum
ini.Dengan sabar sang arjuna pandai memujuk sang jelitawan supaya tenangkan
diri dan kawal api kemarahan yang sedang membuak-buak di sudut hati sang
jelitawan tersebut.Sang arjuna tidak sedikit pun ingin mengambil kesempatan
kepincangan hubungan sang jelitawan dengan sang kekasihnya.Bagi sang
arjuna,semua yang beliau lakukan tersebut merupakan tanda kasihnya terhadap
sang jelitawan.Seperti yang diduga,sang jelitawan telah berbaik semula dengan sang
kekasihnya dan sang jelitawan pun kembali dengan misinya setia pada yang satu
meninggalkan sang arjuna dengan alasan menjaga hati sang kekasihnya.
Hanya tuhan
sahaja yang mengerti hati dan perasaan sang arjuna ketika itu.Beliau merasakan
dirinya amat hina diperlakukan begitu dan hanya menjadi tempat persinggahan
pelepas kemarahan semata-mata.Sang jelitawan sebenarnya terlalu mengejar
kesempurnaan yang ada pada sang kekasih dan beliau tidak mengetahui beliau
telah mencalarkan sekeping hati yang amat tulus mencintainya seadanya.Sang
arjuna pun pasrah dan menyerahkan semua tersebut sebagai ketentuan Illahi
terhadap dirinya.Beliau berharap agar suatu hari nanti supaya tuhan akan
menunjukkan kepada sang jelitawan beza antara kaca dan permata.Hati kecil sang
arjuna berdoa agar Allah akan tunjukkan petunjuk agar ketenangan menjadi
miliknya,meskipun hati beliau amat terluka namun beliau mampu tersenyum dan
berbisik,semua itu adalah ujian dariNYA untuk diri beliau dan beliau percaya
semua yang terjadi mempunyai hikmah.Dalam setiap doa sujud beliau tidak
henti-henti memohon agar Allah menutup hijab persona sang jelitawan di matanya
agar beliau terus tidak tersiksa dari hari kian hari..
No comments:
Post a Comment