Assalamualaikum….ni first entry saya untuk tahun 2013 ni…Alhamdulillah
masih berkesempatan dan bernafas sampai ke saat ini..sedih memang la sedih nak
tinggalkan tahun 2012 p bak kata orang putih tu kan,life must go on so kite
follow je la…terlalu banyak peristiwa penting yang terjadi dalam hidup aku dlm
tahun 2012 dulu…semuanya memberi impak yang besar dalam diri aku sekarang
ni..walaupun semua tu agak menyakitkan tapi semua itu memberikan aku satu
kenangan…sape cakap kenangan pahit tu akan still pahit jika dikenang??bagi saya
semua tu indah kerana yang pahit tu la memberi kekuatan terhadap ketahan mental
kite sebagai manusia biasa ni….takde siapa pun manusia dalam dunia ni yang
tidak akan diuji..Allah menguji kita sebab DIA sayangkan kita dan bertujuan
untuk mengajar kita jadi insan yang lebih tabah dan matang.Azam dan nekad aku
untuk tahun ni macam besa la nak topup diri ini jadi lebih bagus dari
sebelumnya…kenangan 2012 banyak mengajar aku erti reality kehidupan
sebenar..kita tidak mampu berubah jika kita sendiri tidak berusaha untuk
berubah so segala kisah pahit aku pada tahun 2012 telah memberikan aku banyak
kesedaran…InsyaAllah selepas ini,aku tahu siapa lawan dan siapa kawan…aku tau
mana sepatutnya cinta aku yang tak seberapa ini dicurahkan,,,sejujurnya sampai
saat ini aku masih tidak mempercayai cinta wanita…maybe sebab aku terlalu frust
kot…al maklum la kekasih kawen dengan orang lain…mungkin dah bahagia dah
sekarang ni kot..ape2 pon buat sang bekas kekasih,aku hanya mampu mendoakan
kebahagian awak dan bakal imam awak tu…rumusan aku untuk tahun 2012 dulu,aku
kehilangan 2 insan yang aku paling saying dalam hidup aku….hidup aku melarat
keseorangan tanpa seorang pun tahu apa sebenarnya masalah yang aku alami…sebaliknya
mereka salah anggap pasal diri aku…yang pling menyedihkan orang yang aku saying
dan cintai juga tidak mempercayai aku…mungkin semua tu petanda dari Illahi
untuk aku bahawa dia bukan jodoh aku….aku tidak layak untuk insan sebaik dia….Alhamdulillah,aku
lebih tenang sekarang sebab aku mencintai Allah S.W.T….thanks Allah berikan ku
pluang untuk melabuhkan kasih dan cinta hanya padaMU….
Monday, December 31, 2012
Friday, December 28, 2012
Hati yang
luka menahan
Bolehkah engkau merasa
menerjah kalbu
Ampunkan andai aku berdosa
Maafkan jika aku mengguris rasa
Biar bukan mudah melupakan
Ku pendam semua
Moga bahagia tetap tercipta
Walau gelora membadai di pantai resah
Walau ribut menggila di muara jiwa
Biar apa jua antara kita
Tiada sempadan cinta
Tiada noktah akhir
Melainkan mencari
Sebuah erti dan makna
Untuk Dia..
:::semoga Allah berikanku kekuatan dan sinar kebahagian:::
:::Amin Yarabbal Alamin::
Dulu hobi aku ni edit gambar-gambar….aku sukakan sesuatu
yang cantik dan indah..something like perempuan,panorama dan keunikan…kadang-kadang
tu aku beralih minat edit video…walau sesibuk mana pun aku tetap luangkan masa
untuk hobi aku tu…tapi sekarang hobi dan azam aku tahun 2013 pelik sikit,iaitu
mengumpul koleksi kasut…kalo dulu,aku ke kedai just nak tengok jeans…walaupun
hobi aku mengumpul kasut sekarang ni,aku still suka pakai selipar jepon je…biarlah
kasut-kasut tu untuk koleksi je…ade mase nanti aku gune…memandangkan hobi baru
bermula..kasut yg menjadi simpanan baru 3…yang lama-lama tu tak termasuk la….kalo
nak masukkan juga memang tak muat la belog aku nih…hehehe
Thursday, December 27, 2012
Kisah ini merupakan satu kisah bagaimana seorang sang arjuna
yang setia pada cintanya dan beliau percaya bahawa perasaan cinta yang wujud
dalam hatinya merupakan anugerah dari Illahi yang perlu beliau jaga dan
pertahankannya.Namun bak kata orang cinta tidak semestinya memiliki,akhirnya
percintaan yang telah sekian lama dihiasi suka dan duka kecundang di
pertengahan jalan.Kemudiannya sang jelitawan tersebut pula menemui kekasih hati
yang sekian lama diidamkannya.Segala ciri lelaki idamannya ada pada lelaki
tersebut dan sang jelitawan bertekad akan cuba untuk setia dan jujur pada
lelaki idaman melaya itu.Namun tidak siapa yang menduga,sedangkan lidah lagi
tergigit inikan pula sepasang kekasih yang belum pasti akan menjadi bintang
halal suatu hari nanti,mereka pun berselisih faham.Dalam masa yang sama,sang
arjuna yang masih mengharapkan sang jelitawan tersebut masih lagi sering
menghubungi sang jelitawan.Sang jelitawan pada saat itu amat tertekan dan
sangat-sangatlah marah pada kaum lelaki kerana beliau merasakan semua lelaki
adalah sama.Akan tetapi,semua tanggapan sang jelitawan itu adalah salah kerana
itu adalah tabiat yang sudah sebati dengan dirinya sukar untuk mengawal
kemarahan.
Sang arjuna
yang sudah tiada kaitan dalam soal hatinya telah menjadi mangsa pelepas api
kemarahan sang jelitawan itu tadi.Namun hati kecil ssang arjuna berbisik akan
membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu kerana kasihnya terhadap sang
jelitawan masih kuat seperti mula mereka berkenalan dan bercinta suatu saat
dulu.Sang arjuna merasakan kembali kehangatan cinta mereka berdua sebelum
ini.Dengan sabar sang arjuna pandai memujuk sang jelitawan supaya tenangkan
diri dan kawal api kemarahan yang sedang membuak-buak di sudut hati sang
jelitawan tersebut.Sang arjuna tidak sedikit pun ingin mengambil kesempatan
kepincangan hubungan sang jelitawan dengan sang kekasihnya.Bagi sang
arjuna,semua yang beliau lakukan tersebut merupakan tanda kasihnya terhadap
sang jelitawan.Seperti yang diduga,sang jelitawan telah berbaik semula dengan sang
kekasihnya dan sang jelitawan pun kembali dengan misinya setia pada yang satu
meninggalkan sang arjuna dengan alasan menjaga hati sang kekasihnya.
Hanya tuhan
sahaja yang mengerti hati dan perasaan sang arjuna ketika itu.Beliau merasakan
dirinya amat hina diperlakukan begitu dan hanya menjadi tempat persinggahan
pelepas kemarahan semata-mata.Sang jelitawan sebenarnya terlalu mengejar
kesempurnaan yang ada pada sang kekasih dan beliau tidak mengetahui beliau
telah mencalarkan sekeping hati yang amat tulus mencintainya seadanya.Sang
arjuna pun pasrah dan menyerahkan semua tersebut sebagai ketentuan Illahi
terhadap dirinya.Beliau berharap agar suatu hari nanti supaya tuhan akan
menunjukkan kepada sang jelitawan beza antara kaca dan permata.Hati kecil sang
arjuna berdoa agar Allah akan tunjukkan petunjuk agar ketenangan menjadi
miliknya,meskipun hati beliau amat terluka namun beliau mampu tersenyum dan
berbisik,semua itu adalah ujian dariNYA untuk diri beliau dan beliau percaya
semua yang terjadi mempunyai hikmah.Dalam setiap doa sujud beliau tidak
henti-henti memohon agar Allah menutup hijab persona sang jelitawan di matanya
agar beliau terus tidak tersiksa dari hari kian hari..
Wednesday, December 26, 2012
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yg berkaitan
:::~Semoga dimaafkan kerana saya amat menyayangi kalian semua~:::
Friday, December 21, 2012
![]() |
Senja Desa Ilmu Samarahan |
Assalamualaikum...tetiba rasa nak tulis entry utk blog ni...firstly,apa yg hendak aku sampaikan ini tiada kaitan dengan sape2x k..just terlahir dari rasa dan pendapat...mungkin sesetengah person dapat terima dan ada yg tidak dapat..bukan disebabkan aku ni kecundang dalam percintaan..C.I.N.T.A...kebanyakan kita mudah alpa bila mendapatkan cinta tanpa memikirkan perkara yang lebih penting untuk kita dahulukan al maklumlah bila dh genggam bara cinta tu,sanggup buat apa saja demi buktikan cinta..sebenarnya kita lupa,sebelum kita cintai seseorang itu,terlebih dahulu kita mesti cintai diri sendiri..and the most important is cinta terhadap ILLAHI..jangan sesekali meletakkan cinta terhadap manusia melebihi cinta pada DIA pencipta alam..kita tidak boleh mengagung dan memuja kekasih lebih dari selayaknya..ingat,kita diciptakan oleh NYA...dari NYA kita diciptakan dan dari NYA jua kita akan kembali...kita seringkali melupakan NYA disebabkan mata telah dikaburi cinta...secantik atau sebaik mana pun sang kekasih namun tidak dapat menandingi kasih Allah terhadap hambanya..ruang taubat untuk manusia sentiasa Allah bukakan agar kita dapat kenali diri dan kembali ke jalan yang diredhai.
Tuesday, December 18, 2012
(Surah al-Baqarah : 155)
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….
(al-Baqarah 286)
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.
(Imam Muslim)
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(al-Insyirah : 6)
Sunday, December 16, 2012
Bersama Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) |
*****************************************************
~INSPEKTOR ZULKIFLI BIN SADAK~
*****************************************************
Alhamdulillah setelah 3thn thn menjalani sesi latihan dan kepala otak bagai nak pecah belajar undang walaupun aku bukan Law Student...Bukan bangga sebab dapat pangkat tapi bangga dapat berjabat tangan dengan Ketua Polis Negara....bukan senang nak dapat peluang berjabat tangan dengan beliau even anggota polis sendiri pun belum tentu dapat peluang berjabat tangan mahupun beramah mesra dengan beliau...Kira kami antara yg bertuah kerana dapat pengikrafan pangkat daripada beliau sendiri...syukur Alhamdulillah walaupun time tu agak gelap sebab rentung di padang kawad...
Thursday, December 13, 2012
Ada satu nama
Satu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Hingga saat ini
Masih ku abadikan
Di dalam hatiku
Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Hanya kita yang tahu
Dalam mana telah cinta
Kita memutik
Korus:
Walau akhir ini
Seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak
Dipinta
Namun percayalah
Tidak sedikit pun
Kasih ku kepadamu surut dan
Berubah
Pasti suatu masa
Kan bersama lagi
Engkau dan aku pasti jua
Nikmati
Cinta yang istimewa
(Satu cinta yang indah)
Walau ku tak pasti
Bila kah masanya
Kau dan aku akan bertemu
Untuk kita kembalikan
Keindahan dulu
Ulang korus
Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Ku semat di dalam hati
Hingga kita kan bertemu
Kemudian hari
Sunday, December 9, 2012
Saturday, December 8, 2012
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Friday, December 7, 2012
HARAPAN BY HYPERACT
Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku
Ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya
Thursday, December 6, 2012
Saturday, December 1, 2012
Pada
tanggal 03/05/2012 beliau telah
menghadap Illahi sesuai dengan lumrah kehidupan setiap yg hidup akan meninggal
dan kembali kepada pemilikNya.Kami sekeluarga terpaksa akur kerana Allah lebih
menyayangi Allahyarhamah.Semoga akak tenang dan aman di alam barzakh sana.Andai
akak tahu,betapa adik menyayangimu setulus hati ini.Adik kagum dengan semangat
akak utk meneruskan hidup walaupun disahkan mnghidap kanser tahap akhir.Setiap
doaku,aku tidak lupa mendoakan kesejahteraan akak di sana.Jika diberi
peluang,adik ingin memeluk akak erat-erat tanda betapa kasihnya adik terhadap
akak…ketahuilah,adik sentiasa merindukan gelak tawa,senda gurau,leteran nasihat
yg lahir ikhlas dr seorang akak untuk adiknya…Al-Fatihah..Semoga Allah
tempatkan akak ku dalam kalangan orang-orang solehah…Amin Ya Rabbal Alamin…..
Subscribe to:
Posts (Atom)