Friday, March 29, 2013

ciri-ciri lelaki setia pada cinta








Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.  



Monday, March 25, 2013

BUATMU SAHABAT




Terima kasih sahabatku untuk segalanya kerana sudi bersahabat denganku.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kaulah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama...iaitu mencari bekalan ke akhirant-Nya

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan disinari persahabatan yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan-NYA.

Friday, March 22, 2013

PERHIASAN ANGGUN LELAKI MUSLIM


Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama2 muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.





JANGGUT PERHIASAN LELAKI



Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul S.A.W  amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:

                              قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى
(سورة طه : 94)

Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. "
(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.
Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka.
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.
(Hadits riwayat Ahmad)

 Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi SAW, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai
Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah SAW, antaranya:
Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:

“Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. "
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Thursday, March 21, 2013

JURANG MARIANA

Hari ini saya tertarik untuk mengetahui fakta mengenai “Jurang Mariana”….mari la kita sama-sama menghayati kebesaran kuasa Allah S.W.T....





Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.
Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.

Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
.

Wednesday, March 20, 2013

JAMBATAN KEHIDUPAN





Jambatan terPENDEK adalah PUTUS ASA

Jambatan terPANJANG adalah PENGHARAPAN

Jambatan terKUAT adalah IMAN

Jambatan terINDAH adalah KASIH SAYANG

Tuesday, March 19, 2013

Rahsia Tahi Lalat




Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

ANDA punye yg nmbor berapa??

AIR MATA CINTA PEMBERSIH DOSA




Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari



Ketawa dan airmata

itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya


Ku senang engkau cemburu

itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku


Ku juga suka bila kau curiga

ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan


Walaupun sering kau kutinggalkan

itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan


Belum pernah ada cinta

di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)

Sunday, March 17, 2013

CINTA




cinta
adapun sukar untuk mengertikan
bukan sekadar lafaz
tersembunyi di sebalik topeng niat
bagi yang merasakannya
kerana wujud sinar segala  kesedihan
umpama mati dalam nikmat hidup
bebas dari belenggu nafsu
wujud pencinta bagaikan tiada wujud
tatkala manusia menyuarakan kesesatan
wajah bertemu wajah
senyum manis pencinta sejati
lebur dalam pelukan damai sang kekasih
sayang
tidak akan ada yang berubah
belajar menerima apa yang di depan kita
sebelum terlambat
aku bahagia bila awak bahagia
percayalah pada hakikat
tuhan tidak semestinya memberikan
apa yang kita mahu
tetapi tuhan pasti memberikan
apa yang kita perlu

Saturday, March 16, 2013

NOTA UNTUK HAWA





NOTA UNTUK HAWA

apabila seorang lelaki benar benar
jatuh cinta dan setia pada kekasihnya
dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat
dilihat dengan jelas. hati lelaki yang dianggap
keras selama ini, tiba-tiba menjadi
selembut kapas. bahlan lelaki yang
mabuk cinta sanggup berkorban
dan melakukan apa sahaja untuk
kekasihnya. sekeras manapun hati
lelaki ia akan mengalirkan air mata
apabila hatinya dilukai.
namun kaum wanita janganlah
mengambil kesempatan di atas
pengorbanan yang
dilakukan lelaki untukmu itu.

sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu
sentiasa bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata
kamu tidak silap memilih teman hidup.
situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan
perkara sebenar. dia bukanlah jenis orang
yang berdamping denganmu sekadar
suka-suka ataupun untuk mengambil
kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang
sebenar. betapa beruntungnya kamu..

selain itu jika teman lelakimu sentiasa buat
hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia
inginkan perhubungan yang serius
daripada kamu. sudah tentu dalam
sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu
kenangan yang manis untuk dikenang.

jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa
inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan
dengan orang yang dianggap istimewa dalam
hidupnya. padanya sudah menjadi tanggungjawabnya
untuk membuatkan hati orang yang disayangi
sentiasa senang dan terhibur.

jangan kamu anggap teman lelakimu seorang
yang kuat membebel sekiranya setiap masa
dia cuba memberi kamu nasihat. ingat,
sentiasa mengingati orang yang
dia sayangi agar hubungan yang terjalin
berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
itu tandanya dia amat menyayangi
perhubungan di antara kamu.
jadi, terbukalah mendengar nasihatnya...

jika sudah sayang, macam-macam akan kamu
fikirkan termasuklah bimbang akan
kehilangannya. begitu juga jika teman lelakimu
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan
kesudahan hubungan kamu. ini bermakna dia
selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan
bagaimana untuk menyelamatkannya dari
berakhir begitu sahaja. kalau boleh biarlah
ke jinjang pelamin, baru berbaloi.

lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman
lelakimu berperangai tidak ubah seperti
anak-anak kecil semata-mata untuk
mendapat perhatian daripadamu.
si dia mahu bermanja dan inginkan
kekasih hatinya melayannya lebih
daripada orang lain yang
pernah kamu sayang.
kalau dia merajuk hati, sesekali
cubalah untuk memujuknya.
jangan pula kamu sangka manjanya
itu mengada-ngada. bukan senang
lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seseorang lelaki yang berperawakan
manja. hanya untuk orang yang disayangi
sahaja...

kamu hadapi masalah dan orang pertama yang
datang membantumu adalah teman lelakimu.
tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah
dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
si dia akan menjadi orang yang paling rajin
dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan
kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun
masalah. beruntungnya ~ ~

kamu memberitahunya yang kamu akan
ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa
yang agak lama. tiba-tiba dia menggelabah
dan tidak menentu. itu tandanya si dia
langsung tidak boleh berjauhan darimu dan
kamu tidak perlu ragu lagi tentang
kesetiaannya..

sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama,
"you masih sayangkan i?",
jangan anggap itu astu
persoalan yang
membosankan. itu tandanya
si dia tidak mahu
kasih sayang kamu kepadanya
menjadi luntur.
sebab itulah, kalimah tersebut
sentiasa diulang-ulang agar
kamu tahu betapa si dia
sentiasa mahu kamu ingat
diri kamu sudah
dimiliki olehnya.

si dia sanggup menitiskan air mata demi
kekasihnya.. bukan semua lelaki sanggup
menitiskan air mata hanya untuk seorang
perempuan. tidakkah kamu terharu melihat
seorang lelaki yang sanggup menitiskan
air mata demi kamu. itu membuktikan
cintanya begitu kuat buatmu.

manusia tidak ada yang sempurna
samalah juga teman lelaki kamu,
tak lari dari buat silap dan kadang-kadang
buat kamu kecik hati.. tapi kalau
dia nak berubah adalah satu perkara
yang baik dan kamu perlu sokong dia..
berilah dia masa untuk berubah..
nak berubah ni bukan senang tapi kalai
dia berubah demi untuk bahagiakan
kamu, itu satu perkara yang baik..
janganlah kamu mencari pengganti dia
semata-mata kamu kecik hati
dengan kesalahan dia.. dan kamu
pasti ke pengganti kamu tu dapat
bahagiakan kamu...?

dan pengorbanan paling besar sekali gus
menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi
dirimu apabila teman lelakimu lebih
mementingkan diri kamu berbanding dirinya.
apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu.
asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa
selamat setiap kali bersama dirinya.

jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka
seadanya... berilah diri kamu peluang untuk
kembali mencintai seseorang yang bergelar
lelaki...

setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing. kalau kamu rasa
pasangan kamu banyak kekurangan dan
selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari
pengganti, alasan kamu dah tak ada hati
dan tak serasi, kamu pula macam mana?
adakah kamu itu tak pernah buat silap?
kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

jangan biarkan ego menguasai
perasaan kalau tidak kamu pasti
akan menyesal suatu hari nanti.

mungkin pasangan kamu tak
sempurna, tapi kalau kamu dapat
rasa keikhlasan hati dia,
itu lebih baik...
dan...
ikhlas itu tak boleh dilihat,
tapi boleh dirasa,
dengan hati...

Friday, March 15, 2013

PENTAS LAKONAN

Diari Budak Pulau Copyright ®




MANUSIA itulah pengarah dan pelakonnya
AL-QURAN dan AS-SUNNAH itulah skripnya
MALAIKAT itulah jurukameranya
ISLAM itu jalan ceritanya
KIAMAT itulah kesudahan pengambarannya
PADANG MASYAR tempat penganugerahannya
RASULULLAH S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya
ALLAH S.W.T adalah hakimnya
SYURGA dan NERAKA adalah trofinya

MANUSIA itulah pengarah dan pelakonnya
AL-QURAN dan AS-SUNNAH itulah skripnya
MALAIKAT itulah jurukameranya
ISLAM itu jalan ceritanya
KIAMAT itulah kesudahan pengambarannya
PADANG MASYAR tempat penganugerahannya
RASULULLAH S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya
ALLAH S.W.T adalah hakimnya
SYURGA dan NERAKA adalah trofinya

Wednesday, March 13, 2013

MATI ITU PASTI

MATI ITU PASTI


Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita= TANAH LIAT
Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita= KUBUR
Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAPAN
Jangan bangga dengan kereta atau motor besar kerana kenderaan terakhir kita= KERANDA
Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita= KAPUR BARUS


IM SO SORRY




Awak…..

saya minta maaf…saya xda niat pun nak sakitkan hati awak…saya buat tu semua sebab saya nak awak bahagia dengan teman baru awak tu…saya rela lepaskan awak…daripada awak tersiksa bersama saya..apa yang awak perlu tahu…saya sentiasa ada bila awak perlukan saya…saya sudi pinjamkan bahu saya ni untuk awak bersandar masa awak sedih…yang awak perlu tahu sekarang ialah saya nak lihat awak tersenyum bahagia bersama si dia......

Monday, March 11, 2013

Persada Cintaku

COMELNYER ADIK HUMAIRA NIH



musim terindah adalah...
ketika kau nyalakan pagi
........................dengan senyumanmu
ketika kau payungi siang
........................dengan sapaanmu
ketika kau tutu malam
.....................dengan belai manjamu
sesungguhnya aku tulus mencintaimu


CINTA
tidak akan mengenal
siapa
apa
bila
dimana
bagaimana
mengapa
~~~cinta itu abstrak tidak berwujud~~~