Friday, February 20, 2015

Kini dan Sekarang


  1.      Assalamualaikum...lama dah tak update blog ini..my progress now,saya dah berhenti study disebabkan peristiwa hitam itu dulu...saya harap orang itu bahagia sekarang..suara hati ini sentiasa menangis merindui masa lalu but still berpijak pada bumi yang nyata...Alhamdulillah,saya diterima masuk salah sebuah company biasa...Rezeki saya di sini,bumi Sibu Kenyalang...tak tahu nak cakap apa...just nekad try to be better je...solat..selaraskan dunia dengan akhirat..

My Latest View


Monday, November 11, 2013

Cerita Aku

          Assalamualaikum…entah kenapa aku tetiba teringatkan zaman persekolahan aku dulu(secondary school).Time sekolah dulu,keje asyik memonteng jer memanjang (ops,aku dulu memang agak terlebih baik sampai sukar untuk dikawal,hahaha).Masa tu aku rasa macam sekolah tu penjara bagi diri aku sebab tu aku ni selalu memberontak.Mungkin sebab aku duduk asrama dari form 1 sampai form 6 kot,rasa macam takde kebebasan.Tapi bila teringat balik waktu tu,baru aku sedari time tu la banyak moment2x yang indah tercipta dalam hidup aku.Aku bercampur gaul dengan budak-budak yang pelbagai ragam dan kerenah.
        
        Aku jenis yang cool dan xbanyak cakap kecuali dengan orang yang aku rapat jer mulut aku tak berhenti bercakap.Tak tahu kenapa rasa macam nak kembali ke waktu tu je.Time tu jelah hidup aku ni tak kering gusi ketawa gembira dan riang samping kawan-kawan aku.Orang selalu cakap perangai aku macam jembalang masa tu sebab aku takde perasaan kot,yang ade dalam otak aku masa tu hanyalah cara untuk bergembira sepanjang masa je sampaikan bapak aku pun jemu dah tengok muka pengetua aku,pengetua pun dah jemu tengok muka bapak aku.(mana taknya,hampir tiap bulan or minggu kene gantung sekolah coz pelbagai la salah aku kat sekolah tu..hahahaha)
     
      Memang benar la kata orang,zaman remaja adalah puncak zaman yang terindah selepas zaman kanak-kanak.Kat zaman tu aku kenal pelbagai jenis orang dan kenal erti persahabatan.Cinta??takde kot sebab masa remaja aku sibuk untuk bergembira je dan tak terfikir untuk bercinta macam budak2x yang lain.Kalau la aku dapat kembali ke zaman tu sudah pasti aku memperbaiki segala kesilapan yang ada.Pernah dulu,cikgu aku cakap yang aku ni sudah matang kerana kenakalan aku yang melampau tu.
    
     Erhmmmzz memang indah sangat2x saat tu.Arrggghhh rindunya zaman sekolah.Rindu nak kene rotan depan khalayak ramai.Rindu nak kene botakkan rambut depan semua student.Rindu nak main sembunyi2x kat asrama dengan warden n pak guard.Rindu nak pergi tangkap ikan peliharaan cikgu.


Apa aku merapu nih,dah takde keje lain ke aku ni….tu je la…bye you all….take care.

Saturday, November 2, 2013

Bingkisan Nurani




         Hidup ini tidak seindah impian yang kita gambarkan.Kadang-kadang ia menyakitkan serta memeritkan,kekuatan yang kita bina berkemungkinan akan menjadikan diri kita lemah dan tidak mampu menepis segala dugaan mendatang.Biarpun ada cerita indah dan bahagia yang terlihat pada insan di dunia ini,namun percayalah untuk mereka menggapai sebuah kebahagian pasti melalui penderitaan.Sejarah tidak mungkin bisa kita ubah,namun sejarah boleh membawa kita kea rah kebaikan dan menjadi panduan untuk melalui masa depan.Sama seperti kenangan,kenangan bukan untuk dilupakan tapi menjadi penguat diri untuk melalui liku-liku yang akan mendatang.
       Saya akui bahawa diri ini tidaklah sesempurna manapun,tetapi saya telah banyak belajar daripada pengalaman yang saya hadapi sebelum ini.Senyum,tangis dan tawa hanyalah lukisan sebuah kehidupan.Sehebat manapun diri kita,ingatlah di luar sana lebih banyak insan yang jauh lebih hebat.Sesusah manapun kehidupan kita,sedarlah di luar sana lebih banyak insan yang jauh bernasib malang.Berbekalkan sedikit keazaman di sebalik peluang yang ada ini,saya yakin bahawa saya akan melakukan terbaik untuk hidup ini.Alhamdulillah,kalimah aku mencintaimu bergema kembali di segenap ruang hati ini malahan bibir ini tidak pernah jemu mengucapkan kalimah penuh perasaan tersebut.Hanya orang yang menghargai sahaja yang akan mengerti betapa kalimah itu amat bermakna untuk keperluan rohani seseorang insan di dunia ini.
      Memang dulu pernah saya takbur tidak percaya akan cinta dan wanita namun kini saya sedari bahawa saya amat perlukan wanita dan cinta selain cinta pada sang Pencipta Yang Maha Esa.Jikalau dulu riak,bongkah,ego,sombong serta seangkatan denganya bertahta dalam diri,namun kini berubah setelah mengenali erti sebenar cinta.Cinta adalah anugerah terindah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,tidak dapat dilihat dengan mata hanya mampu disalurkan melalui doa dan perbuatan.Jika kita cintakan seseorang,kita sentiasa akan membuat seseorang itu merasa terhormat dan selamat.
     Andai saja saya diberi pilihan untuk memilih kehidupan seperti mana yang saya inginkan,sudah pasti saya memilih hidup selamanya di dunia yang hanya ada saya dan dia.Saya mahu membina kehidupan yang terindah untuk sepanjang hayat kami,melakar kenangan bahagia bersama,menyemai kasih yang tiada berpenghujung.Namun semua itu hanyalah angan-angan yang mustahil namun kita boleh membuatkan diri kita merasai semua itu andai hati ikhlas dalam menyayangi seseorang,jujur dalam perbuatan dan setia hingga hujung nyawa.
      Buat insan yang bernama Nurfarrahain,saya berterima kasih kerana awak telah menghidupkan kembali hati saya yang telah lama mati untuk bercinta lagi.Mungkin saya tidak sehebat lelaki idaman awak,namun saya janji boleh buat hari-hari awak penuh dengan limpahan kasih dan cinta yang ikhlas dan jujur.Kalau ada salah silap jangan malu untuk menegur sebab saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.Harap-harap setiap persengketaan yang bakal menjelma kita hadapi dengan hati yang sentiasa terbuka dan disaluti dengan kemaafan dan sesalan yang tidak terhingga.
     Percayalah sayang,tiada apa yang kekal di dunia ini,musim silih berganti,bahagia dan derita sentiasa menyapa,namun hanya cinta yang suci dan ikhlas saja yang abadi sepanjang hayat.Tolong lah untuk mengerti jika derita datang menyapa,jangan membuat keputusan berlandaskan perasaan amarah semata-mata kerana apa-apa pun keputusan yang bakal dibuat kita akan sama-sama tanggung sepanjang hayat.
      Andai saja,kehidupan ini tidak diselitkan dengan penderitaan pasti kita tidak tahu menghargai sebuah kebahagian.Buatmu Nurfarrahain,bersabarlah untuk bersama saya kerana saya juga seperti insan lain yang masih banyak kekurangan dan kelemahan,namun saya akan berusaha untuk kea rah kebaikan untuk menikmati secebis kasih daripada diri awak.Saya sayangkan awak.Saya kasihkan awak.Saya cintakan awak.

Tuesday, October 29, 2013

Cerita Kami ( im in love with her )

Assalamualaikum…
  
  Dear Belogku,
Mr./Mrs LOVE



     Urmmmmmzz sejak dah ade buah hati ni rasa macam tiada kata untuk ungkapkan dalam diari maya ni.Eventhought masih fresh hbgn aku dan dia tapi aku rasa macam dah bersama dia untuk masa yg lama.Senang citer dia ni memang sweet sangat2x and I like her  so much…perwatakan dia yang jadik diri sendiri..nada bicara manja dia buat aku rasa macam dunia ni begitu indah jika kita menghargai perkataan bernama cinta yg kebiasaannya menyakitkan..

     And yang paling penting,aku bersyukur sangat2x kerna dipertemukan dengan insan yang mampu menghapuskan segala kesedihan yang aku miliki dan membuatkan aku kembali percaya kepada cinta.Aku yakin jika cinta berpaksikan kejujuran,keikhlasan dan kesetiaan selalunya bahagia sampai akhirnya,namun bercinta ni umpama mendaki gunung terlalu banyak halangannya,hanya yang sampai ke puncak akan dapat melihat keindahan perasaan cinta tersebut.So,aku memang dah tanamkan sedikit kesabaran dalam diri aku untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang.

     Nurfarrahain Razak seindah nama yang muncul sebagai cahaya dalam hidup aku.Aku berjanji pada diri sendiri tidak akan sama sekali mempersiakn hidupnya,biarlah janji kali ini terpatri dan dituruti coz sebelum ini segala janji musnah begitu saja.InsyaAllah I will do my best for her.I love her more than word can describes.
Ok la,sampai sini je untuk posting kali ini.Korang doa2xkan kami bahagia till jannah coz I just want her to be my partner in my life….ain^^^zul…
                                                                                                                  Wassalam..........

Friday, October 4, 2013

Its called love

Aku & Dia




Assalamualaikum…
  
  Dear Belogku,
      
    Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi coz masih bernafas sampai ke hari ini.Macam mane nak mula ek…urmmmmzzz,whatever la as long as me hepi..setelah sekian lama pintu hati terkunci,Alhamdulillah perkenalan singkat dengan mrs.F/A telah membuka kembali hati ini untuk kembali percaya pada cinta dan wanita.
     
     InsyaAllah,kehadiran mrs.F/A dalam hidup ini tak akan aku sia-siakan dan aku akan cuba semampu kemampuan yang aku miliki.Keperibadian mrs.F/A membuatkan aku terpersona dan teruja,bicaranya mampu menenangkan jiwa yang resah.Eventhough terkadang aku merasakan diri ini tidak pantas untuk medampinginya namun ku beranikan diri untuk mencuba kerana selepas mencuba baru la kita dapat menerima apa-apa pon kemungkinan atau jawapan yang akan mendatang.
    
     Hurmmmm…moment bersama belum ada lagi but soon,we will meet and spend time together,InsyaAllah dengan izin Allah.Dia merupakan gadis biasa namun memiliki hati nurani yang bersih dan suci that’s why I like her so much.Dalam banyak-banyak kawan perempuan aku dalam FB,just dia yang memiliki hati yang memenuhi kateria piawaian gadis yang aku impikan.
  
    Ok, tu je la utk kali ini…doakan untuk kebahagian kami k….wassalam…